Aug 22, 2012

Tiga

Aku keluar dari sebuah bilik - tak berlampu, gelap gelita dan sunyi sepi - pergi mencari sedikit kehidupan, seperti kelip-kelip yang mula terbang bila sinar matahari mula pudar.

Aku lihat manusia di kota ini, kota Kuala Lumpur ini sekali sekala buat kita gembira. Aku suka manusia seperti aku suka ikan sardin. Bila muak aku akan menyampah dan buang ke dalam tong sampah. Bagi aku, Kuala Lumpur adalah kota yang ringkas, kau pilih apa yang kau mahu, jangan beri peluang pada Kuala Lumpur untuk menentukan nasib mu.

***

Menyusur lalu perlahan-lahan ke satu pusat kegiatan kapitalisme yang terkenal di Lembah Klang. Aku menuruti langkah sehingga ke tingkat paling atas, ada sebuah pawagam di tingkat itu. Kelihat ramai anak muda mudi kota ini, nampak pusat kapitalisme ini sangat terkenal dikalangan mereka. Boleh kata juga semuanya anak muda, jarang sekali orang lanjut umur. Biasalah, pawagam dan orang muda memang tak boleh dipisahkan. Orang tua hanya akan ke pasar sahaja. Jika begitu aku juga anak muda, masakan aku sampai ke situ kalau aku sudah tua bangka.

Mereka datang bersama pasangan masing-masing, jantan dan betina, perempuan dan lelaki. Ada juga sekelompok yang datang secara berkawanan.

Cuma aku seorang sahaja yang terasing seorang diri… Barangkali aku dilihat oleh mereka seperti alien. Ah!! Macam aku seorang yang kesunyian melayan realiti ini. Orang lain semua macam tak sunyi ke bahlol?.

Tak apa... Kadang kala aku suka dengan sunyi, cuma jangan lah selalu sunyi, boleh lemas perasaan ni lama-lama.

Melangkah kaki ke sudut satu penjuru, aku melihat poster-poster filem yang ditayangkan di pawagam itu. Kemudian aku menumpukan anak mata pada poster filem "Datin Ghairah", mungkin tertarik pada tetek Maria Farida. Sambil otak kananku masih tertumpu pada tetek Maria Farida sebagai "Datin Ghairah", otak kiri bekerja fikirkan bagaimana pada tahun 2012 ni pun masih laku juga filem begini. Aku teliti poster itu sedalamnya, cuba gali seninya dan otak kananku hanya kata "oh tetek Maria Farida". Secara harfiah, lama juga aku menatap poster itu. Kasihan sungguh!. Sunyi sehingga aku lost dalam poster yang hodoh itu, tak ada nilai seni, font haram jadah, compositing tak payah cerita lah, memang bangsat punya designer buat kerja.

Masih berdiri disebelah frame poster filem itu, aku memerhati dua tiga pasangan kekasih melintas, mereka semua tergesa-gesa untuk masuk ke pawagam – filem akan diputar bila-bila masa.

Kemudian kejadian yang aku cuba sedaya upaya elak selama ini akan berlaku hari itu. Kata yang paling pendek untuk aku ungkapkan, ‘shit happen’.

Fuck!.

Fuck the fucking shit!.

Aku mahu mencarut sekuat hati saat itu. Sekuat hati dalam dada aku, bergegar habis organ dalaman ni.

Kau tahu kawan?.

That fucking bitch!.

Perempuan paling jalang satu semesata alam itu bersama dengan seorang lelaki. Seorang lelaki yang sangat metroseksual rupa parasnya dan pakaian juga nampak berkualiti seperti orang kaya tapi tak ada taste fesyen - orang kaya yang tak pernah miskin selalunya hanyalah seekor udang.

Ah!... Pendek kata kawan masa tu, fucked up kawan!. Fucked up!.

Celaka!.

Tak best langsung bila orang just nak buat kita sebagai back up plan. Kawan, menjadi pilihan kedua adalah kegagalan yang paling besar, kawan.

Oh ya, kalau mahu tahu, wajah lelaki itu iras-iras Anuar Zain!.

Dan perempuan itu adalah orang yang paling beruntung, keluar dengan lelaki setampan Anuar Zain dan bertambah beruntung kalau dapat main dengan lelaki itu. Anuar Zain sial!. Siapa-siapa pun akan rasa tergugat kalau tengok Anuar Zain bogel depan mata. Jangan cakap perempuan muda, makcik-makcik pun boleh merembes.

Sedang aku sedang berperang dengan perasaan ketika ini - perasaan dengki, mara dan palat, dia (perempuan itu) kemudian menoleh ke arah aku. Mata paling jalang satu semesta itu tepat ke arah aku yang sedang kedunguan berkedekatan dengan poster "Datin Ghairah". Ah, satu intepretasi yang sangat buruk tentang aku.

"Datin Ghairah" dan aku?.

Damn!

No comments: