May 5, 2013

Pilihan Raya Dan Kesatuan Rempit Nasional


Anekdot sosok seorang rempit pilihan raya.

1. Hari ni sampai esok malam, mat rempit akan diraikan sebagai hero - pemuda harapan bangsa. Jangan ada lagi rasa rendah diri bergelar rempit untuk tempoh ini. Berbahagia lah wahai rempit-rempit semua.

2. Mak bapak tersenyum bangga kalau jiran cakap tersempak dengan anak depa yang ke hulu ke hilir. Dengan syarat, bendera parti disangkut kat motor kenalah betul dengan parti depa. Silap hari kalau silap bendera parti boleh kena jual motor.

3. Rata-rata tak cukup umur untuk mengundi. Kalau yang cukup umur pun depa tak register. Mungkin mereka menentang untuk mengundi kerana tidak ada manifesto dari mana-mana parti untuk menurunkan harta motorsikal. Malah, konvoi di jalanan sebenarnya adalah simbolik kepada penentangan mereka terhadap undi pangkah pada kertas kemudian masuk ke dalam kotak. Proses pengundian patut dibuat dengan motorsikal dan bendera parti kemudian SPR pandai-pandailah kira.

4. Dapat baju t shirt percuma, duit minyak, rokok, makan minum, kalau yang bernasib baik dapat bonus duit 30 ringgit. Yang jenis pakai duit sendiri tu memang kental gila.

5. Boleh kata semua rempit bawa bendera politik adalah Melayu. Mana rempit cina, india, kadazan, iban dan lain-lain?. Mungkin boleh cakap Melayu dah conquered peluang kerja dalam industri rempit. Patutnya hak rempit lain-lain kaum diperjuangkan. Rempit untuk semua kaum!.

6. Rempit yang tak ada motor akan pinjam motor bapak. Kalau bapak pakai motor pergi balai raya, motor kakak pun boleh dikira.

7. Secara puratanya mengunakan motor kapcai. Rempit superbike risau motor depa calar kalau ikat bendera kat tepi. Lagi pun rempit superbike tak berapa disarankan untuk tujuan politik kerana kos yang mahal. Bagi 100 ringgit pun belum tentu depa ni nak terima.

8. Sekarang ini lah masa yang paling best untuk merempit, polis tak buat road block, siap dapat escort polis lagi beb.

9. Minah rempit tak boleh join. Kalau nak join jugak kena pegang bendera kat belakang. Kelakar dol minah rempit pegang bendera. Patutnya minah rempit hanya duduk lentikkan bontot sahaja.

10. Malam ni boleh balik rumah lambat, tak payah lagi masuk ikut tingkap rumah (untuk yang jenis ada curfew)

11. Sebelum ini ada geng rempit yang rival antara satu sama lain akan bersatu dibawah satu bendera parti politik sama. Mereka tidak lagi geng mana yang ada motor laju atau berebut minah rempit tetek besar.

12. Mereka tak akan lari bila nampak polis. Kali ni siap boleh bagi hon manja-manja lagi.

13. Bagi geng rempit yang bawa bendera parti pemenang akan meneruskan perjuangan mereka tanpa diganggu selama dua tiga hari lagi. Tapi pada masa itu perbelanjaan mereka tidak lagi ditangguh. Inilah sepatutnya rempit dibenarkan untuk mempunyai kesatuan sendiri supaya bakat mereka itu tidak salahgunakan oleh orang politik.

14. Akhirnya, selepas sebulan, kehidupan sosok seorang rempit akan berubah kembali. Mereka akan dibenteras semula oleh polis, metro akan tulis cerita teruk-teruk, mak bapak mula membebel semula, masyarakat akan kembali memandang seorang terhadap mereka, ahli politik yang dulunya berbaik-baik terus keluarkan statement untuk menidakkan hak mereka untuk mengunakan jalan raya dengan sebebasnya. Akhirnya nasib seorang rempit terus dianiyai dan ditindas seperti biasa. Mereka ini akan diangkat sekali dalam masa lima tahun.

Itulah nasib untuk seorang sosok yang bergelar mat rempit. Mereka berjuang bersama-sama ahli politik, sanggup berpanas hujan, ada yang jatuh luka calar balar, atau engin motor mula rosak-rosak. Tapi tidak mendapat hak untuk berdiri sama tinggi dengan mat-mat kereta atau setidaknya dipandang setaraf dengan mat superbike pun sudah cukup baik.

Maka jadilah seorang rempit yang bijak. Pilihlah bendera parti yang betul untuk dikibarkan pada motor anda. Carilah parti yang akan memperjuangkan hak seorang rempit bukan dengan hanya bayaran 30 ringgit. Ini penting untuk melahirkan generasi rempit akan datang yang berdaya saing tinggi. Namun anda rempit yang tidak ada otak, maka jadi lah rempit yang cerdik dengan petang bawa bendera BN, malam bawa bendera PR. Makanlah duit kiri dan kanan masa orang nak hargai anda ketika ini.

Rempit for all!

1 comment:

kekatu said...

baek brader. lama tak update belog lu ~