Sep 13, 2012

Empat

Aku tak tahu kemana dia pergi, ada aku cuba telefon dia tapi sentiasa masuk ke peti suara.

Sekarang masalah jadi komplikated. Sebab orang yang terakhir keluar dengan dia adalah aku, kalau jadi apa-apa kat dia mesti terus berkait dengan aku. Kalau dia kena rogol?, bunuh?, rompak?, culik?. Mesti aku akan jadi suspek utama polis, silap- silap aku yang masuk jail nanti. Semua ni terus bermain dalam kepala otak aku hari-hari. Aku tak tahu macam mana nak cari perempuan tu.

Aku hanya tahu nombor telefon dia sahaja.

Aku tak kenal rumah dia.

Aku tak kenal siapa kawan dia.

Aku tak ada email dia.

Akhirnya semua ni menyebabkan masalah.

Aku lost contact dengan dia.

Aku ada juga nak report polis, tapi aku nak cakap kat polis benda basic pasal dia memang tak tahu apa. Mesti polis ingat aku ni gila.

Kadang kala aku ada cuba pergi book store yang kali pertama kami jumpa, tak ada pun. Ada juga aku pergi tempat kami makan, tak ada juga.

Benda yang lagi payah, sebenarnya aku tak tahu pun nama dia. Tu yang buat aku berminat dengan perempuan ni. Dia pelik. Banyak kali juga kami keluar makan malam bersama, tapi aku just panggil dia awak. Katanya dia nak keep relationship tu macam strangers. Aku tak tau nama dia, dan dia tak tahu nama aku.

Dia memang pelik.

3 comments:

Evagurl Izma said...

pergh. kemain lama nk tnggu next episode.

suspen ni suspen

8)

blitzizni said...

& it happened to me. since yesterday.

should i make a police report?

Anonymous said...

http://bilarentapbangkit.blogspot.com/